suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Pemusnah' Rafael Nadal Akhirnya Punah

Dustin Brown...hanya mencipta nama untuk seketika di Kejohanan Wimbledon.

PEMAIN tenis nombor 103 di dunia, Dustin Brown yang membuat kejutan dengan menumpaskan juara Wimbledon dua kali, Rafael Nadal pada pusingan kedua Kejohanan Tenis Wimbledon dua hari lepas, akhirnya tumpas di tangan Viktor Troicki pada pusingan ketiga.

Brown pada usia 30 tahun, mengejutkan orang ramai dengan kemenangannya ke atas Nadal tetapi pemain dari Jerman itu tidak mempunyai jawapan kepada pemain pilihan ke-22, Viktor Troicki yang berasal dari Serbia.

Dia tumpas 6-4, 7-6 (3), 4-6, 6-3.

Troicki menunjukkan prestasi yang memberansangkan sepanjang tahun ini dengan muncul sebagai naib juara Terbuka Stuttgart dan mara ke separuh akhir Kejohanan Queen’s iaitu kejohanan pemanas badan sebelum Wimbledon.

Brown hanyalah seorang pemain profesional yang menyertai sirkit kelas kedua dan berjaya meloloskan diri ke Wimbledon melalui pusingan kelayakan.

Artikel Berikut

Artikel Lain