suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lewis Hamilton Duduki Petak Pertama GP British

Lewis Hamilton mencatatkan kedudukan petak pertamanya yang ke-46 iaitu yang ketiga tertinggi dalam sejarah Formula 1.

PENDAHULU Formula 1, Lewis Hamilton berjaya menduduki petak pertama dalam Grand Prix British yang akan berlangsung Ahad diikuti oleh rakan sepasukannya Nico Rosberg di petak kedua.

Ia adalah pencapaian petak pertama yang ke-46 dalam sejarah karier Hamilton - menjadikannya hanya di belakang mendiang Ayrton Senna dan Michael Schumacher dalam senarai pemandu F1 dengan pencapaian terbanyak untuk petak pertama.

Dalam ujian masa terakhir pada Sabtu, Hamilton mencatatkan masa 1:32.248.

Di petak ketiga dan keempat ialah pemandu pasukan Williams iaitu Felipe Massa dan Valtteri Bottas.

Kimi Raikkonen dan Sebastian Vettel yang masing-masing adalah pemandu Ferrari menduduki petak kelima dan keenam.

Lewis Hamilton, Nico Rosberg, F1

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain