Radamel Falcao Sertai Chelsea - Sukan | mStar

Radamel Falcao Sertai Chelsea

Radamel Falcao

SELEPAS bermain semusim yang penuh dengan kekecewaan bersama Manchester United, penyerang Colombia, Radamel Falcao telah menyertai juara Liga Perdana Inggeris Chelsea secara pinjaman juga selama semusim.

Falcao akan menyertai rombongan Chelsea ke jelajah Amerika Utara pra-musim ini nanti.

Perkara ini disahkan oleh pakcik dan bapa Falcao sendiri sebagaimana yang dilaporkan oleh portal berita The Guardian pada Rabu.

Mereka berkata, kelab asal Falcao iaitu AS Monaco, bersetuju dengan perpindahan secara pinjaman itu.

Falcao, 29, hanya berupaya menjaringkan empat gol sahaja sepanjang penglibatannya dengan Manchester United musim lalu.

Manchester United diberi opsyen untuk mendapatkan khidmatnya secara kekal tetapi tidak berbuat demikian.

Sementara itu, Chelsea masih belum membuat pengumuman secara rasmi berhubung berita terbaru ini.

Bagaimanapun Jorge Mendes, yang mewakili Falcao telah mengadakan rundingan selama tiga minggu berturut-turut dengan wakil Chelsea.

Ejen pemain itu mahu Chelsea mengekalkan bayaran gajinya sebanyak £265,000 seminggu tetapi Chelsea dikatakan hanya bersedia untuk membayarnya sekitar £180,000 seminggu dengan bayaran tambahan £4 juta sebagai yuran pinjaman untuk Monaco.

Radamel García, bapa kepada Falcao mengesahkan yang perpindahan itu dalam satu temuramah dengan stesen televisyen Caracol TV.

Malah dia memberitahu yang Falcao akan melaporkan diri di kem latihan skuad utama Chelsea di Montreal, Kanada pada 19 atau 20 Julai nanti.

Sementara pakciknya, Herbert King, yang kini sedang bercuti dengan pemain itu di Colombia, turut mengesahkan kepada The Guardian mengenai perpindahannya ke Chelsea.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Zamri Baba Tunjuk Perubahan Positif

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain