suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Neymar Digantung Empat Perlawanan, Terlepas Aksi Copa Amerika

Neymar (kiri) ditenangkan oleh pegawai-pegwawai pasukan Brazil ketika terlibat dengan pergaduhan, manakala pengadil Enrique Osses melayangkan kad merah kepadanya.

KAPTEN Brazil, Neymar digantung empat perlawanan sekaligus menyaksikan dia tidak dapat beraksi dalam perlawanan Copa Amerika tahun ini.

Penyerang Barcelona itu dijatuhkan hukuman gara-gara terlibat dengan pergaduhan dengan Jeison Murillo dan Carlos Bacca dan dilayangkan kad merah pada aksi tewas 0-1 kepada Colombia dalam Kumpulan C, Rabu lalu.

Bagaimana pun Brazil yang masih mempunyai peluang untuk menempah pasukan dalam lapan kelompok terakhir ada hak untuk membuat merayu.

Sementara itu Bacca turut dijatuhkan hukuman gantung dua perlawanan dan denda  $5,000 (RM18,697) kerana turut terlibat dalam insiden perkelahi itu.

Neymar, Brazil, Barcelona

Artikel Lain