suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man United Mahukan Bintang Muda Brazil, Fabinho

MANCHESTER United dilapor akan membayar sebanyak £15 juta untuk mendapatkan pertahanan Brazil, Fabinho selepas Copa Amerika berlangsung.

Fabinho, 21 yang sedang membantu Brazil dalam kejohanan tersebut baru menandatangani kontrak bernilai £4 juta sebagai pemain pinjaman selama dua tahun ke Monaco dari kelab Portugal, Rio Ave.

Menerusi pembelian berkenaan, Monaco berjaya menggandakan pendapatan hasil pembelian pemain yang belum sempat diturunkan.

United semakin hampir untuk membawa Fabinho ke Old Trafford bagi mengisi posisi pertahanan kanan kerana Loius van Gaal berminat akan kebolehan pemain muda tersebut.

Van Gaal sebelum ini mensasarkan pemain Southampton, Nathaniel Clyne untuk mengisi posisi pertahanan kanan, namun bintang muda itu dikatakan semakin hampir untuk ke Liverpool.

Manchester United, Brazil

Artikel Berikut

Artikel Lain