suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Real Madrid Umum Sah Miliki David De Gea Minggu Depan

REAL MADRID mahu David De Gea menyertai kelab itu sebelum skuad bimbingan Rafael Benitez memulakan jelajah pramusim pada Julai.

Hal ini kerana, kelab Sepanyol itu mahu menurunkan De Gea pada perlawanan persahabatan pertama menentang Roma di Melbourne pada 18 Julai.

Berikutan itu, Real menjangka akan dapat menyelesaikan urusan pemindahan yang bernilai lingkungan £22-25 juta pada awal minggu depan, sebelum membuat pengumuman rasmi di Bernabeu.

Walaupun Real melakukan bidaan yang munasabah, namun United dilapor akan menuntut sebanyak £35 juta untuk melepaskan penjaga gol utama berkenaan.

Akibat kehilangan De Gea, United yang kini mempunyai Victor Valdes dipercayai akan mendapatkan Hugo Lloris atau Asmir Begovic sebagai pengganti.

Real Madrid, David De Gea

Artikel Lain