suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jackson Martinez Sertai Arsenal Atau Man United?

PENYERANG Colombia, Jackson Martinez dilapor akan menyertai sebuah kelab gergasi Eropah dengan nilai pemindahan sebanyak £25.5 juta, dedah ejen pemain terbabit.

Pemain Porto itu sebelum ini dikaitkan dengan penghijrahan ke Arsenal atau Manchester United dalam tempoh terdekat.

Ejennya, Henrique Pompeo membuat pendedahan itu dengan memberitahu kelab yang ingin mendaparkan Martinez sedang melakukan persiapan terakhir.

"Masa depan Martinez telah diputuskan dengan baik.

"Keputusan terakhir akan dicapai dalam masa beberapa hari lagi. Dia akan menyertai sebuah kelab besar di Eropah.

"Kelab itu akan buat pengumuman dalam tempoh terdekat selepas proses menandatangani kontrak selesai dilakukan.

"Daripada apa yang telah dipersetujui, Porto akan menerima sebanyak £25.5 juta sebagai penebusan kontrak," katanya.

Jackson Martinez

Artikel Lain