suria

Mahkamah Tidak Benarkan Mourinho Memandu Selama Enam Bulan

PENGENDALI Chelsea, Jose Mourinho tidak dibenarkan memandu selama enam bulan selepas ditahan kerana memandu melebihi had laju.

Mourinho juga dilaporkan perlu membayar saman selepas ditangkap memandu pada kelajuan 60mph di kawasan kelajuan maksimum 50mph.

Pengurus juara Liga Perdana Inggeris itu juga diperintahkan untuk membayar £910 pound (RM5,259) oleh Majistret kerana memandu melebihi had laju pada Rabu.

Mahkamah Majistret Staines mendengar dakwaan bahawa Mourinho ditangkap menerusi kamera kelajuan memandu apabila memandu 10mph lebih laju daripada had yang ditetapkan di pintasan A3 Esher, Surrey pada September 2014.

Pengurus kelahiran Portugal itu yang tidak hadir ke Mahkamah sewaktu kes dibicarakan telah mengaku bersalah sebelum perbicaraan diadakan semula.

Mourinho, 52, mempunyai sembilan mata ke atas lesen memandunya, tidak dibenarkan memandu selama enam bulan berikutan kesalahan terbarunya itu.

Walaupun Mourinho tidak mahu mengisytiharkan nilai wang di dalam akaunnya, pihak mahkamah menjelaskan bekas pengurus Real Madrid itu perlu membayar jumlah yang tinggi bagi kes tersebut.

Mourinho juga diarah untuk membayar saman berjumlah £750 pound serta bayaran tambahan sebanyak £75 pound (RM433) dan £85 pound(RM491) bagi kos mahkamah.




Chelsea, Mourinho

Artikel Lain