suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mourinho Sedia Ganding Falcao Bersama Costa

RADAMEL FALCAO akan menyertai Chelsea pada musim depan selepas Jose Mourinho sedia memberinya peluang untuk lebih menyegat dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Jurulatih kelahiran Portugal itu mendedahkan rancangannya kepada saluran televisyen Amerika Selatan bahawa Chelsea akan mengikat penyerang Colombia berkenaan dari Monaco.

Difahamkan, penyerang berusia 29 tahun itu akan menggantikan Didier Drogba di bahagian serangan.

Falcao yang dipinjam kepada United pada musim ini gagal menyerlah selepas hanya menjaringkan empat gol daripada 26 penampilan sepanjang musim.

Berikutan itu, Old Trafford mengambil keputusan untuk melepaskan pemain berkenaan sebelum dia disambar Chelsea.

Mourinho juga dilaporkan percaya Falcao dapat menajamkan lagi jentera serangan Chelsea disamping mendapat sokongan daripada Eden Hazard dan Diego Costa.

Chelsea

Artikel Lain