suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Atletico Madrid Tawar Mario Mandzukic Kepada Man United

ATLETICO Madrid dilapor telah menawarkan Mario Mandzukic kepada Manchester United selepas penyerang itu gagal menggalas tugas yang ditinggalkan Diego Costa sejak meyertai kelab itu, lapor Daily Mail.

Tawaran tersebut dibuat selepas United dikatakan berminat terhadap khidmat bintang Croatia berusia 29 tahun itu.

Bagi menjual Mandzukic, Atletico menuntut yuran pemindahan sebanyak €22 juta dari United untuk kelab berkenaan menampung kerugian dalam pelaburan sebelum ini.

Pembelian Mandzukic dianggap pelaburan tidak berbaloi apabila penyerang berkenaan mengalami kecederaan buku lali dan gagal membantu Atletico mencipta lebih banyak jaringan seperti Costa.

United antara kelab gergasi yang terdesak untuk mendapatkan penyerang utama selepas Radamel Falcao dilepaskan manakala Robin van Persie pula akan 'dibuang' kerana faktor usia.

Artikel Sebelum

Artikel Lain