suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nicky Butt Bakal Ketua Jurulatih Akademi Man United

SEORANG daripada bintang 'kelas 92' Manchester United iaitu Nicky Butt dilapor bakal dilantik sebagai ketua jurulatih di akademi United di Carrington.

Pelantikan Butt merupakan sebahagian daripada pembaharuan yang sedang diusahakan oleh Ketua Eksekutif United, Ed Woodward dan Setiausaha kelab, John Alexander.

United kini dalam proses menstrukturkan semula akademinya supaya mampu tampil lebih baik untuk tempoh 20 tahun akan datang.

Butt, 40, dikatakan calon yang mendahului senarai pendek bakal ketua jurulatih akademi yang perlu melapor diri kepada Louis van Gaal bermula musim depan.

Butt yang merupakan anak kelahiran Manchester mula menyertai akademi kelab gergasi England itu ketika dibangku sekolah sebelum tampil sebagai pemain utama di bawah kendalian Alex Ferguson.

Nicky Butt, Manchester United

Artikel Lain