suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

FAM Diminta Bertindak Tangani Isu Steve Darby, Kafa - Peguam

Steve Darby

KUALA LUMPUR: Bekas jurulatih Kelantan, Steve Darby mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mempercepatkan tindakan dalam menyelesaikan isu kontrak beliau dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), menurut peguamnya.

Mohd Firdaus Ahmad yang mewakili jurulatih berbangsa Inggeris berusia 60 tahun itu yang kini Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Laos, berkata FAM perlu melihat perkara itu secara serius kerana 'keadilan tertangguh merupakan keadilan yang dinafikan'.

Sementara itu, dalam kenyataan melalui firma guaman yang mewakilinya, Darby berkata beliau mungkin membawa isu itu kepada Fifa jika tiada maklum balas daripada FAM.

Darby ditamatkan kontrak pada April tahun lepas, iaitu hanya enam bulan membimbing pasukan Kelantan sedangkan kontrak bersama Kafa sepatutnya selama dua tahun, selepas skuad The Red Warriors tumpas 0-4 kepada Sime Darby pada perlawanan Liga Super.


Steve Darby, FAM, Kafa

Artikel Lain