suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perbincangan Milner-Liverpool Positif

JAMES Milner sedia menyertai Liverpool selepas positif terhadap perbincangan dengan kelab itu yang mahu menajamkan jentera serangan pada musim depan.

Pemain tengah berusia 29 tahun itu turut dikehendaki oleh Arsenal selain kelabnya ketika ini iaitu Manchester City yang cuba menawarkan kontrak baru dengan gaji sebanyak £165,000 seminggu.

Bagaimanapun Daily Mail melaporkan, pemain kebangsaan England itu enggan kekal di City sebaliknya mahu berhijrah ke Anfield.

Berikutan itu, Liverpool dijangka akan mengikat Milner sebelum pemain berkenaan menyertai skuad Roy Hodgson dalam siri perlawanan antarabangsa.

Pengerusi Liverpool, Tom Werner dan Ketua Eksekutif Fenway Sport, Mike Gordon dijangka akan mendapatkan Danny Ing dari Burnley untuk digandingkan dengan Milner.

Liverpool, James Milner

Artikel Lain