suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Li Na Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Li Na bergambar bersama suaminya, Dennis (kiri) dan bayi perempuan yang diberi nama Alisa, dilahirkan awal pagi Rabu.

BEKAS pemain tenis wanita No.2 dunia, Li Na berkongsi berita gembira menyambut kelahiran anak pertamanya pada Rabu.

Selepas sembilan bulan mengumumkan persaraannya dalam dunia tenis, September tahun lalu berikutan dibelenggu kecederaan lutut, jaguh tenis dari China itu berkongsi gambar anak pertamanya yang diberi nama Alisa.

Bekas juara Terbuka Perancis 2011 dan Terbuka Australia 2014 itu terpaksa meninggalkan kariernya setelah mengalami kecederaan serius.

Li Na,33, berkongsi gambar bersama suaminya, Dennis dan anaknya Alisa yang dilahirkan pada 2.25 pagi Rabu di akaun rasmi Twitter syarikatnya, IMG Tennis.

Li Na merupakan pemain tenis Asia yang pertama berjaya berada dalam kelompok sepuluh terbaik dunia.

Dia menjuarai dua gelaran Grand Slam 2011 (Perancis) dan 2014 (Australia) sepanjang 15 tahun sebagai pemain tenis profesional.

Li Na kini dalam menyiapkan filem biografi mengenai kisah hidupnya.

Li Na, tenis Asia, China

Artikel Lain