suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tarikh Hantar Pulang Nazmi Faiz Belum Ditetapkan - Pengurus Pasukan

SINGAPURA: Pengurus pasukan skuad Harimau Muda, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata pihaknya belum menetapkan bila pemain tengah Muhammad Nazmi Faiz Mansor akan dihantar pulang dari Sukan SEA Singapura.

"Kami tiada pilihan lain selain menghantar Nazmi pulang tetapi bila beliau akan balik ke Malaysia belum diketahui lagi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Jawatankuasa Disiplin Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengenakan penggantungan enam perlawanan terhadap pemain itu kerana meludah pemain Timor Leste pada perlawanan pertama Kumpulan B, Sabtu lepas.

Sementara itu, Nazmi Faiz berkata keputusan itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk kembali semula dalam temasya Sukan SEA akan datang di Kuala Lumpur pada 2017.

"Penggantungan enam perlawanan. Saya tidak akan berputus asa sebaliknya akan kembali bangkit. Jumpa lagi Sukan SEA dua tahun akan datang.

"Selamat berjaya kepada rakan sepasukan. Anda memang rakan sepasukan yanghebat, begitu juga kepada pegawai-pegawai pasukan," kata pemain berusia 20 tahun dari Selangor itu menerusi laman sosial Instagram miliknya.-BERNAMA

Nazmi Faiz

Artikel Berikut

Artikel Lain