Rasuah: UEFA Mahu Pengundian Presiden Fifa Ditangguh - Sukan | mStar

Rasuah: UEFA Mahu Pengundian Presiden Fifa Ditangguh

Infantino mahu FIFA menangguhkan kongres pada Jumaat ini.

KESATUAN Bola Sepak Eropah (UEFA) mahu pemilihan presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIifa) pada Jumaat ini ditangguhkan.

Setiausaha Agung UEFA, Gianni Infantino meminta Fifa menangguhkan proses pemilihan presiden baharu selepas tujuh pegawai badan induk bola sepak dunia itu ditahan kerana disyaki terlibat dengan rasuah di Zurich.

"Kongres Fifa yang akan diadakan nanti berdepan dengan risiko 'sandiwara' dan persatuan-persatuan Eropah akan berhati-hati jika mereka hadir pada kongres ini.

"Ahli majils UEFA akan bermesyuarat pada Jumaat sebelum Kongres Fifa bermula.

"Paling utama, kami akan memutuskan apa yang penting bagi melindungi sukan bola sepak.

"Buat masa ini Ahli-Ahli Majlis Tertinggi UEFA memberi keyakinan bahawa pemimpin Fifa yang sedia ada (Sepp Blater) perlu ditukar dan Kongres Fifa perlu di ditangguh sementara," jelas kenyataan UEFA.

Namun, UEFA akan membiarkan kongres itu berlangsung jika Prince Ali bin Al-Hussein mempunyai peluang besar merebut kerusi presiden itu daripada Blater.



Sepp Blater , UEFA , FIFA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain