suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka Perancis: Federer Tempah Slot Ke Pusingan Ketiga

PEMAIN No.2 dunia, Roger Federer menyingkir Marcel Granollers 6-2 7-6 6-3 dalam aksi tiga set sekaligus mara ke pusingan ketiga Terbuka Perancis.

Kemenangan pemain legenda Switzerland itu tidak mengejutkan walaupun  kerap melakukan kesalahan ketika aksi berdepan dengan pemain Sepanyol pada awal pagi Khamis.

Juara 17 kali Grand Slam itu bakal berdepan dengan Marcos Baghdatis dari Cyprus atau Damir Dzumhur dari Bosnia pada pusingan seterusnya.

Federer yang ketandusan merangkul trofi utama selepas Wimbledon 2012 berkata, perlawanan pusingan ketiga nanti bukanlah laluan mudah.

"Saya tidak pernah melihat dia beraksi sebelum ini," jelasnya mengenai Dzumbar yang kemungkinan akan berentap dengannya nanti.

Jika berjaya menewaskan Dzumbar, Federer kemungkinan bakal berdepan aksi separuh akhir dengan pemain Jepun, Kei Nishikori dari Jepun yang menewaskan pemain Brazil Thomaz Belluci 7-5 6-4 6-4 sebelum ini.

Terbuka Perancis, Roger Federer

Artikel Lain