suria

Sukan SEA: Pelapis Platform Seirama Sasar Pingat Emas

PETALING JAYA: Status sebagai atlet pelapis platform seirama kebangsaan tidak menghalang Katrina Ann Abdul Hadi untuk mensasarkan pingat emas pada kejohanan Sukan SEA ke-28 yang akan berlangsung di Singapura bermula 5 Jun ini.

Katrina memberitahu, walaupun pasukan platform seirama baru sahaja dibentuk pada tahun lalu tetapi ia dilihat berpotensi untuk memenangi pingat pada Sukan SEAnanti.

"Kami baru sahaja pulang daripada menyertai kejohanan Terbuka Jepun sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA dan di sana kami berjaya memenangi pingat gangsa bagi acara berpasukan.

"Kami berjaya menewaskan pasukan Singapura pada kejohanan itu menerusi acara duet tetapi tewas kepada mereka dalam acara berpasukan.

"Pasukan Singapura merupakan pencabar utama kami kerana mereka mengekalkan pasukan yang sama sejak 2011 jadi mereka mempunyai kelebihan dari segi keserasian dan kesefahaman jika dibandingkan dengan kami yang baru sahaja membentuk pasukan baru pada tahun lalu," katanya.

Katrina berkata, pasukannya mensasarkan untuk menyumbangkan satu pingat emas dan dua pingat perak pada kejohanan Sukan SEA nanti.

"Kami mensasarkan untuk memenangi satu pingat emas bagi acara duet dan dua pingat perak bagi acara berkumpulan serta acara campuran," ujar.





Platform Seirama, Sukan Sea

Artikel Lain