suria

Pandelela Raih Gangsa Di Windsor

Terjunan menarik Pandelela memperoleh pingat gangsa pada kejohanan di Kanada.

KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara, Pandelela Rinong berjaya meraih pingat gangsa acara 10m platform wanita pada Kejohanan Terjun Siri Dunia 2015 di Windsor, Kanada.

Menurut laman web www.fina.org, Pandelela bermula dengan terjunan baik apabila memungut 371.25 mata keseluruhan bagi mengesahkan pingat tersebut, pagi Isnin.

Beliau juga mempamerkan aksi terjunan yang konsisten dengan mencatatkan 76.50 pada terjunan pertama dan mengekalkan momentum apabila membuat 73.95 mata pada terjunan kedua, 76.80 mata (ketiga) dan 72.00 mata pada terjunan keempat dan kelima.

Pingat emas acara itu diungguli penerjun dari China, Ren Qian selepas mengumpul 429.35 mata manakala rakan senegara, Si Jayie meraih pingat perak dengan perbezaan 51.45 mata.

Pada kejohanan Siri Dunia di Windsor ini turut menyaksikan aksi hambar penerjun, Cheong Jun Hoong dalam acara 3m papan anjal wanita dan Jun Hoong berpasangan dengan Lee Mun Yee dalam acara 10m platform seirama wanita berakhir pada kedudukan tercorot.-- Bernama

Pandelela Rinong, Windsor, Ren Qian

Artikel Berikut

Kasut Emas Milik Aguero

Artikel Lain