suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Ucap Tahniah Kepada Juara Piala FA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pasukan Lions XII yang menjuarai Piala FA 2015 selepas menewaskan Kelantan pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini Sabtu malam.

Beliau turut memberi kata-kata semangat kepada pasukan Kelantan yang telah memberi tentangan sengit dalam perlawanan itu.

"Tahniah kepada pasukan Lions XII, juara Piala FA 2015. Kelantan telah memberi tentangan kuat, jangan putus asa, kita cuba lagi tahun depan.

"GomoKelateGomo," tulis Najib di Twitternya.

Pada perlawanan itu pasukan dari negara jiran Singapura, Lions XII menewaskan Kelantan dengan jaringan 3-1.

Lions XII memperoleh goal menerusi Muhammad Faris Ramli pada minit ke-6 dan dua goal daripada Mohd Sahil Suhaimi pada minit ke-81 dan pada masa kecederaan, manakala gol Kelantan dijaringkan Wan Zack Haikal Wan Nor pada minit ke-62.

Piala FA, Najib Tun Razak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain