suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Figo Tarik Diri Tanding Jawatan Presiden FIFA

Luis Figo.

BEKAS bintang bola sepak Portugal, Luis Figo menarik diri daripada bertanding pemilihan jawatan presiden FIFA.

Figo membuat keputusan tersebut selepas Presiden Persatuan Bola Sepak (FA) Belanda, Michael van Praag turut menarik diri untuk menyertai perebutan jawatan tersebut.

Beliau turut menyatakan sokongannya kepada Putera Ali Al Hussein dari Jordan.

"Selepas berkongsi pandangan dengan dua lagi calon untuk proses ini, saya percaya apa yang akan berlaku di Zurich pada 29 Mei ini bukanlah satu tindakan pemilihan yang biasa.

"Dan oleh itu, saya tidak akan ikut serta," kata Figo menerusi laman Facebooknya.

Pemilihan pada Jumaat depan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara penyandang, Sepp Blatter dan Putera Ali.

Luis Figo, Presiden FIFA

Artikel Lain