Sunderland Selamat Dari Tersingkir Selepas Seri Dengan Arsenal - Sukan | mStar

Sunderland Selamat Dari Tersingkir Selepas Seri Dengan Arsenal

Penjaga gol Sunderland, Costel Pantilimon dan Lee Cattermole meraikan kejayaan mereka mengikat Arsenal tanpa jaringan.

SUNDERLAND bernasib baik apabila berjaya menyelamatkan kedudukan mereka pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan selepas mengikat Arsenal 0-0 di Stadium Emirates, awal pagi Khamis.

Pasukan yang terkenal dengan jolokan The Black Cats memerlukan satu mata untuk mengelak berada di zon penyingkiran pada aksi final EPL.

Sunderland akan berkunjung ke Stamford Bridge menentang Chelsea pada aksi terakhir kempen musim ini pada Ahad.

Arsenal menguasai keseluruhan permainan tetapi gagal memecah kebuntuan sehingga wisel penamat dibunyikan.

Beberapa percubaan dari Oliver Giroud dan Theo Walcott gagal membolosi gawang lawan.

Sunderland turut cuba membolosi benteng pertahanan lawan menerusi percubaan Steven Fletcher dan Partick van Aanholt yang berjaya diselamatkan penjaga gol David Ospina.

Keputusan seri itu ternyata meresahkan pengurus Arsenal, Arsene Wenger untuk menamatkan kedudukan di tempat tiga teratas dan mara ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah.

Malah, Arsenal perlu mencatat kemenangan ketika menentang West Bromwich Albion, Ahad ini.

Sekiranya tewas, ia akan membuka peluang kepada Manchester United yang kini menduduki tangga keempat untuk memintas mereka.

United pula akan bertemu Hull City pada perlawanan terakhir.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Coppa Italia

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain