suria

Lewis Hamilton Tanda Tangan Kontrak Baru Bernilai RM560 Juta Atau RM512,820 Sehari

Lewis Hamilton memuatnaikkan gambar dia menandatangani penyambungan kontrak baru bersama pasukan Mercedes-Petronas dalam laman sosial miliknya pada lewat Rabu. Perjanjian baru itu menjadikannya ahli sukan British dengan bayaran gaji paling tinggi dalam sejarah.

> Kontrak baru ini menjadikannya ahli sukan British dengan bayaran gaji paling tinggi

> Lewis Hamilton akan terus kekal di Mercedes untuk tempoh tiga tahun lagi sehingga 2018

> Pelumba berusia 30 tahun itu bakal menerima gaji £641,000 atau RM3,589,746 seminggu

> Dia mula memandu untuk Mercedes pada 2013

> Telah muncul juara sebanyak dua kali dan kini adalah juara bertahan F1

PELUMBA AMG Mercedes-Petronas Lewis Hamilton telah memperbaharui kontraknya bersama pasukan itu untuk tempoh tiga tahun lagi dengan bayaran gaji sebanyak £100 juta (RM560 juta) atau £641,026 (RM3.58 juta) seminggu.

Kontrak baru ini telah menjadikannya sebagai ahli sukan British dengan bayaran gaji paling tinggi, mengatasi pemain bolasepak profesional seperti Wayne Rooney, David Beckham mahupun Gareth Bale yang kini menerima bayaran gaji sehingga £23 juta daripada Real Madrid.

Kontrak bernilai £100 juta itu adalah untuk tempoh tiga tahun.

Pengumuman mengenai pemeteraian perjanjian baru itu diumumkan pada lewat Rabu di Monaco, iaitu hos perlumbaan yang akan berlangsung Ahad ini.

Bayaran £100 juta itu tidak termasuk tajaan-tajaan peribadi dengan pelbagai syarikat lain yang berurusan dengan Hamilton.

Tidak sepertimana pemandu atau ahli sukan profesional yang lain, Hamilton berunding dengan majikannya tanpa menggunakan khidmat ejen dan oleh yang demikian, jumlah £100 juta yang diperolehinya itu tidak melibatkan bayaran komisyen yang selalu dikenakan oleh ejen.

NILAI KONTRAK BARU LEWIS HAMILTON:

> Pendapatan setahun = £33,333,333 (RM186,666,665.)

> Seminggu  = £641,026 (RM3,589,746)

> Sehari = £91,575 (RM512,820)

> Untuk setiap perlumbaan = £1,571,429 (RM8,800,002) (Berdasarkan 21 perlumbaan setahun)

> Total selama tiga tahun = £100 juta (RM560,000,000)

Pendapatannya kini adalah setanding dengan apa yang diperolehi oleh dua lagi bekas juara dunia iaitu Sebastian Vettal yang kini berlumba untuk Ferrari dan Fernando Alonso yang kini memandu untuk McLaren.

PENCAPAIAN LEWIS HAMILTON DALAM F1:

> 75 - Pencapaian podium - 36 tempat pertama, 21 kemenangan tempat kedua dan 18 tempat ketiga.

> 67 - Mata di hadapan pencabar terdekat Nico Rosberg bagi musim 2014.

> 42 - Petak pertama sepanjang karier, yang keempat sepanjang masa.

> 36 - Kemenangan tempat pertama - menjadikannya pemandu British paling berjaya dalam sejarah F1.

> 21 - Kemenangan tempat pertama dari petak permulaan. Hanya Michael Schumacher, Ayrton Senna dan Sebastian Vettel memperolehi lebih kemenangan dari petak permulaan.

> 11 - Kemenangan tahun lalu, menjadikannya pemandu ketiga paling berjaya dalam satu musim selepas Michael Schumacher dan Sebastian Vettel yang masing-masing menang 13 perlumbaan dalam satu musim.

> 7 -  Lap terpantas sepanjang 2014.

> 7 - Kedudukan petak pertama sepanjang 2014.

> 2 - Juara dunia - hanya 16 pelumba dalam sejarah F1 pernah menang lebih dari sekali. 


Artikel Berikut

Artikel Lain