suria

David De Gea Raih Dua Anugerah, Bakal Ke Real Madrid?

DAVID De Gea berjaya meraih dua anugerah iaitu anugerah pemain terbaik dan pemain tahunan Machester United, walaupun masa depannya bersama kelab itu terus menjadi persoalan.

Penjaga gol kelahiran Sepanyol itu yang didakwa akan menyertai Real Madrid pada musim depan menerima Anugerah Sir Matt Busby yang diundi sendiri oleh penyokong, lapor Mirror online.

Selain itu, dia juga dianugerahkan Pemain Terbaik Tahunan yang diundi oleh rakan sepasukan.

David De Gea bergambar bersama Louis van Gaal selepas menerima anugerah.

Meskipun diberi penghormatan oleh rakan dan penyokong, namun De Gea tetap tidak memberi isyarat akan melanjutkan kontraknya bersama United seperti yang diharapkan.

De Gea telah ditawarkan kontrak baharu dengan tawaran gaji sebanyak £200,000 seminggu oleh United.

"Seperti yang dikatakan oleh bos, kami mempunyai penyokong terbaik di dunia dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua.

"Penyokong sentiasa berada di belakang kami dan mereka menjelajah ke mana sahaja untuk melihat kami beraksi," jelasnya ketika berucap selepas menerima anugerah berkenaan.





Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Lain