suria

Okuhara Bantu Jepun Ke Final Piala Sudirman

Okuhara meraikan kemenangannya ke atas pemain Korea Selatan, JiHyun Sung pada separuh akhir perseorangan wanita Piala Sudirman, Sabtu.

PEMAIN perseorangan wanita Jepun, Nozmi Okuhara bangkit dari ambang kekalahan untuk memenangi perlawanan dan membuka peluang bagi pasukannya menempah tiket ke saingan peringkat akhir Piala Sudirman menentang China.

Okuhara berjaya menundukkan pemain Korea Selatan, Sung Ji Hyun 11-21, 21-17, 21-24 untuk membantu pasukannya kekal dalam pertandingan dan meneruskan permainan untuk acara beregu wanita serta campuran bagi memastikan Jepun membuat penampilan ketiga dalam perlawanan akhir acara berpasukan.

Pasukan Korea memulakan pertandingan dengan baik apabila memperoleh kemenangan pertama menerusi beregu lelaki, Lee Yong Dae and Yoo Yeon Seong yang menewaskan Hirokatsu Hashimoto and Noriyasu Hirata 21-18, 21-16 untuk pasukan Korea mendahului 1-0.

Pemain perseorangan lelaki Jepun, Takuma Ueda yang menggantikan pemain utama, Kento Momota memberikan saingan sengit kepada Son Wan Ho, namun tewas 21-9, 22-20.

Beregu wanita Jepun, Misaki Matsutomo dan Ayaka Takahashi mendominasi saingan mereka, Jung Kyung Eun and Chang Ye Na dan memenangi perlawanan, 21-17, 21-8 untuk menyamakan kedudukan.

Pasukan Jepun menempah tiket ke perlawanan akhir apabila beregu campuran, Kenta Kazuno dan Ayane Kurihara mengejutkan lawan, Ko Sung Hyun dan Kim Ha Na yang juga beregu campuran nombor lapan dunia apabila memenangi perlawanan 21-14, 21-15.


Okuhara, Piala Sudirman

Artikel Berikut

Artikel Lain