suria

Tiada Ruang Untuk Sikap Ego Dalam Chelsea - Jose Mourinho

Jose Mourinho
JOSE Mourinho berkata tiada ruang untuk sikap ego berleluasa di kalangan pemain-pemain Chelsea memandangkan fokus utama pasukan itu adalah semata-mata untuk menang.

Chelsea kekal mendahului enam mata sebagai pendahulu liga setakat ini dengan kemenangan 3-0 ke atas Tottenham pada malam Rabu dan Mourinho kelihatan terus memajukan pasukannya dengan fokus yang amat tinggi.

Apabila ditanya sama ada mana-mana pemainnya lebih berhak mendapat pujian untuk persembahan mereka musim ini, beliau berkata: "Saya rasa kualiti pasukan kami adalah baik dan kita tidak mengambil berat tentang hal itu (pujian individu)," katanya kepada Yahoo-Eurosport dalam satu temu bual baru-baru ini.

"Kami hanya mengambil berat tentang pasukan, tentang keputusan, tentang jadual dan tentang cita-cita bersama.

"Kami tidak mempunyai ruang untuk orang mementingkan diri sendiri, tidak ada ruang untuk mereka yang ego, kami tidak mempunyai ruang untuk orang yang lebih berfikir mengenai diri mereka daripada pasukan.

"Saya rasa ini adalah satu kualiti yang hebat untuk kami.

"Jelas sekali kami sangat gembira jika seseorang daripada kami diundi sebagai pemain terbaik bulanan atau mempunyai seseorang yang menjaringkan gol terbaik mingguan - perkara-perkara ini untuk sesetengah orang adalah sesuatu yang besar tetapi bagi kami ia adalah perkara kecil.

"Apa yang kami mahu ialah memenangi perlawanan, bermain dengan baik, membuatkan orang sedar bahawa kami tidak hanya bermain untuk mendapatkan hasil tetapi untuk mencapai satu tahap kualiti permainan."

Artikel Sebelum

Man United Mahu 'Borong' Pemain

Artikel Berikut

Artikel Lain