suria

Huru-Hara Di Valencia

> Lionel Messi dibaling dengan botol

> Neymar 'menanduk' pemain Valencia Nicolas Otamendi

> Barcelona menang tipis dan melonjak ke tempat kedua

SERGIO Busquets adalah hero Barcelona apabila jaringannya membolehkan kelab dari wilayah Catalan itu menumpaskan kelab di tangga keempat,Valencia tetapi kemenangan itu telah dicemari dengan suasana huru-hara apabila Lionel Messi dibaling dengan botol dan Neymar 'menanduk' pemain lawan Nicolas Otamendi.

Kemenangan tipis 1-0 itu sudah memadai untuk membolehkan Barcelona melonjak ke tangga kedua La Liga dan kini hanya dua mata di belakang pendahulu, Real Madrid yang menang 2-1 di Malaga.

Juara musim lalu, Atletico Madrid berada di tangga ketiga dengan 29 mata. Atletico menang 2-0 ke atas Deprotivo La Caruna.

Gol Barcelona diperolehi pada mini ke-93 apabila Lionel Messi berjaya melepasi benteng pertahanan di sayap kanan lalu membuat hantaran silang tepat kepada Neymar yang berjaya menanduk ke arah gawang gol.

Bagaimanapun tandukannya itu berjaya ditepis oleh penjaga gol Valencia, Diego Alves tetapi nasib menyebelahi Barcelona apabila Busquets menjaringkan gol hasil pantulan itu.

Dan ketika pemain-pemain Barcelona dalam kegembiraan meraikan gol tersebut, kelihatan botol air berterbangan ke arah mereka dan ia kena tepat di kepala Messi.

Sebelum itu, seawal minit ke-20, pemain antarabangsa Argentina, Nicola Otamendi telah menjatuhkan Neymar dari belakang di dalam kotak penalti.

Otamendi yang tidak berpuashati kerana beranggapan Neymar berlebih-lebihan dalam insiden itu telah menuju ke arah Neymar yang masih lagi terduduk di atas padang.

Ketika dia menghampiri Neymar, pemain Brazil itu kelihatan mengerakkan kepalanya seolah-olah 'menanduk' Otamendi.

Aksi gerak perlahan rakaman kamera memang menunjukkan yang Neymar telah menggerakkan kepalanya ke arah Otamendi.

Namun Otamendi pula 'beraksi' seolah-olah dia telah terkena hentakan yang teruk hasil daripada 'tandukan' Neymar itu.

Kedua-dua mereka terlepas daripada sebarang hukuman. Sebaliknya pemain pertahanan Barcelona, Gerrad Pique dan pemain Valencia, Antonio Barragan yang dilayangkan kad kuning kerana bertekak dengan pengadil.

Artikel Lain