suria

Van Gaal Tidak Kisah Kad Merah Diterima Rooney

Rooney (tengah) dilayangkan kad merah kerana mengasari Downing.
MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Louis van Gaal tidak kisah mengenai kad merah yang diterima kapten Wayne Rooney daripada pengadil Lee Mason ketika menentang West Ham United, malam Sabtu.

Malah beliau enggan membincangkan kesesuaian Rooney selaku kapten selepas penyerang England itu diarah keluar padang.

Rooney, 28, menerima kad merah keenam sepanjang keriernya kerana mengasari Stewart Downing pada minit ke-59 perlawanan.

Insiden itu menimbulkan persoalan kepada Van Gaal mengenai kebijaksanaannya melantik Rooney sebagai kapten tetapi enggan membuka mulutnya.

Walaubagaimanapun, United menewaskan West Ham 2-1 pada perlawanan itu.

"Bagi saya, ia bukanlah satu analisis yang baik oleh kamu ataupun soalan yang baik.

"Ia tidak betul bagi saya untuk menjawabnya," kata Vaan Gal.

Rooney menjaringkan gol ke-176 miliknya dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) seawal minit kelima.

Penyerang Robin van Persie menggandakan jaringan United tetapi Diafra Sakho meletakkan West Ham kembali dalam saingan selepas meledak jaringan pada minit ke-37.

Kevin Nolan hampir mengikat kedudukan tetapi jaringannya pada minit kecederaan dibatalkan kerana ofsaid.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain