suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chamberlain Bantu Arsenal Ikat Spurs

Chamberlain (kanan) meraikan jaringannya.
ALEX Oxlade-Chamberlain membantu Arsenal mengikat Spurs 1-1 pada aksi penuh mendebarkan di Stadium Emirates, awal pagi Ahad.

Arsenal ibarat dihantui mimpi ngeri apabila dua tonggak utamanya, Mikel Arteta dan Aaron Ramsey mengalami kecederaan otot pada babak pertama.

Malah, Jack Wilshere turut mengalami kecederaan pergelangan kaki apabila dijatuhkan di dalam kotak penalti selepas dikasari pemain lawan.

Spurs berada di depan pada minit ke-56 menerusi jaringan Nacer Chadli yang memanfaatkan hantaran Erik Lamela.

Pasukan lawan hampir menggandakan jaringan menerusi percubaan Emmanuel Adebayor tetapi terkena palang.

Ketika Arsenal semakin tertekan, Chamberlain merembat masuk gol penyamaan pada minit ke-74.

Arsenal kini menduduki tangga keempat dengan mengumpul 10 mata manakala Spurs di tempat kelapan, berkongsi lapan mata dengan Manchester United yang berada di tempat ketujuh.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain