suria

Juara Bertahan Liga Europa Menang 2-0 Ke Atas Feyenoord

Pemain Sevilla, Grzegorz Krychowiak (dua kanan, bawah) membuat jaringan pembukaan pada perlawanan Liga Europa ketika menentang Feyenoord di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan di Seville, selatan Sepanyol awal pagi Jumaat. Foto EPA

SEVILLA FC menang 2-0 ke atas Feyenoord pada perlawanan Liga Europa di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan, Sevilla awal pagi Jumaat. Dua gol hasil jaringan Grzegorz Krychowiak dan Stephane Mbia.

Sevilla terus memulakan aksi cemerlangnya di awal permainan pada minit kelapan. Grzegorz Krychowiak membuat tendangan membolosi pintu gawang yang dikawal penjaga gol, Kenneth Vermeer.

Juara bertahan Liga Europa ini menggandakan keunggulan pada minit ke-31. Dari tendangan bola Deulofeu, Stephane Mbia pula mencatatkan gol menerusi tandukannya.

Pasukan lawan nampaknya sukar untuk menyerang balas. Babak pertama permainan diakhiri dengan keputusan 2-0.

Sevilla tetap mendahului pada babak kedua meskipun Feyenoord bermain lebih baik kali ini.

Bagaimanapun, Feyenoord tidak mendapat banyak peluang yang bagus untuk mudah menghasilkan jaringan. Hasilnya, tiada sebarang tambahan gol buat Sevilla pada babak kedua tetapi menerusi dua gol pada babak pertama memberi kemenangan buat pasukan itu.

Liga Europa, Sevilla

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Josiah Ng Berlumba Ikut Naluri

Artikel Lain