suria

Arjen Robben Yakin Van Gaal Bawa Man United Ke Pentas Eropah

BINTANG Bayern Munich, Arjen Robben yakin bekas jurulatihnya di Belanda, Louis van Gaal mampu membawa Manchester United kembali memanaskan persaingan Eropah.

Robben yang menjadi sasaran Van Gaal untuk dibawa ke United selepas kempen Piala Dunia lalu turut tidak curiga terhadap kemampuan bekas jurulatih Bayern Munich terbabit untuk membawa kejayaan buat kelab berkenaan.

"Saya begitu gembira kerana dia (Van Gaal) memenangi perlawanan menentang QPR minggu lalu.

"Jika anda tidak menang, anda akan menerima tekanan, tetapi pengurusan di United tahu kelebihan jurulatih yang mereka miliki dan saya yakin dia akan berjaya di sana.

"Saya pernah berkerja bersama Van Gaal di Bayern dan Belanda, oleh itu saya telah lama mengenalinya. Dia salah seorang daripada jurulatih yang mampu membuatkan pasukan itu bermain dengan lebih baik. Dia buat pemain menjadi lebih baik.

"Dia akan membawa United kembali ke Liga Juara-juara Eropah musim depan," katanya.

Robben yang baru pulih daripada kecederaan kembali membantu Bayern menewaskan Manchester City 1-0 dalam saingan Liga Juara-juara Eropah pada awal pagi Khamis. 

Bayern Munich, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain