suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mourinho Mahu Chelsea Juarai Liga Perdana Inggeris

LAGENDA Manchester United, Paul Scholes percaya bahawa pengendali Chelsea, Jose Mourinho lebih mahukan skuadnya muncul juara Liga Perdana Inggeris berbanding Liga Juara-juara Eropah.

Kelab dari barat London itu memulakan aksi Liga Perdana Inggeris dengan cemerlang sehingga kini untuk memastikan mereka mampu muncul juara.

Selepas gagal memenangi sebarang kejuaraan pada tahun lalu, Mourinho dikatakan terdesak untuk menjuarai saingan tempatan khususnya liga perdana.

"Saya percaya objektif utama Chelsea pada tahun ini ialah menjuarai Liga Perdana Inggeris.

"Jika kamu bertanya kepada Jose Mourinho apakah yang patut dia menangi ketika ini, saya fikir dia akan jawab liga perdana," katanya kepada pemberita.

Chelsea akan berdepan Schalke dalam perlawanan pembukaan kumpulan G pada Rabu.

Dua pasukan lain yang menghuni kumpulan sama ialah  Sporting Lisbon dan Maribor.

Chelsea, Liga Perdana Inggeris

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain