suria

Liverpool Bukan 'Pelancong' Dalam Liga Juara-Juara Eropah - Rodgers

JUARA lima kali Liga Juara-juara Eropah, Liverpool memberi amaran bahawa kehadiran pasukan itu dalam saingan tersebut bukan sekadar 'melancong'.

Pengendalinya, Brendan Rodgers berkata, hal ini kerana, Liverpool berazam untuk memberi saingan sengit bermula dengan perlawanan pertama pada Selasa dan seterusnya ke pentas final.

"Kami bukan 'pelancong' dalam saingan ini. Kami juara lima kali dan begitu sinonim dengan cabaran ini. Kami akan mencabarnya.

"Pemain kini tidak sabar untuk memulakan perlawanan  dan kami akan mencabar mereka untuk menang," katanya.

Rodger memberitahu, pengalaman kalah pada perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah 2008 masih membayanginya.

"Saya masih ingat ketika menjadi penolong jurulatih di Chelsea. Kami kalah kepada Manchester United di Moscow.

"Ketika itu juga saya telah membayangkan diri saya sebagai seorang pengurus perlawanan akhir terbesar di Eropah.

"Oleh itu, kali ini, Liverpool akan memberikan cabaran sepenuhnya untuk memastikan kami tidak menjadi 'pelancong' dalam saingan berkenaan," jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain