suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Robbie Fowler Jurulatih Leeds?

ROBBIE Fowler telah dicadangkan sebagai jurulatih baharu Leeds selepas dia menyatakan minat untuk mengemudi skuad tersebut sebelum ini.

Bagaimanapun bekas penyerang England berkenaan belum membuat sebarang permohonan secara rasmi bagi menggantikan Dave Hockaday.

Fowler yang pernah mewakili Leeds sebelum ini dan menjaringkan 14 gol daripada 30 penampilan mengatakan dia mampu menyelamatkan pasukan tersebut yang berada di kedudukan bawahan kejuaraan.

Difahamkan, Fowler mempunyai peluang untuk dilantik sebagai ketua jurulatih kerana Hockaday gagal membawa perubahan dalam tempoh 70 hari yang diberikan manakala pemilik kelab itu, Massimo Cellino mahukan jurulatih berpengalaman.

Cellino yang akan memilih jurulatih baharu dalam tempoh terdekat enggan melantik individu yang kurang pengalaman kerana tidak mahu prestasi kelabnya terus merudum.

Selain Fowler, Chris Hughton, Paul Hart dan Tony Mowbray antara jurulatih yang mahu mengambil cabaran sebagai pengurus di Leeds.

Leeds, Robbie Fowler, England

Artikel Lain