suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ander Herrera Pulih, Sedia Bantu United Menentang QPR

PEMAIN Manchester United bernilai £28.8 juta, Ander Herrera mengesahkan bahawa dia telah pulih daripada kecederaan buku lali dan cergas sepenuhnya.

Pemain tengah pilihan Louis van Gaal itu terpaksa direhatkan selama tiga minggu akibat kecederaan selepas beraksi untuk perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris yang menyaksikan United tewas 1-2 kepada Swansea.

Herrera menerusi laman sosial Instagram miliknya mengakui telah cergas dan sedia membantu United menentang QPR pada hujung minggu ini.

"Berlatih bersungguh-sungguh untuk perlawanan seterusnya di Old Trafford!," katanya di Instagram.

Kepulangan Herrera daripada kecederaan dijangka dapat membantu Van Gaal selepas United kehilangan 11 pemain yang mewakili negara masing-masing bagi aksi antarabangsa.

Pemain Sepanyol itu berhijrah dari Athletic Bilbao ke Manchester selepas saingan Piala Dunia lalu tamat.

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain