suria

Turkish Airlines Ganti Samsung Taja Chelsea

TURKISH Airlines dilapor akan menggantikan Samsung sebagai penaja pada jersi skuad Chelsea selepas kontrak syarikat elektronik itu tamat pada penghujung Liga Perdana Inggeris musim 2014-2015.

Syarikat penerbangan keempat terbesar di Eropah itu sebelum ini telah mengadakan perjanjian komersial dengan Lionel Messi dan Kobe Bryant untuk jenama mereka.

Stars: Europe's fourth biggest airliner made a memorable commercial deal with Lionel Messi and Kobe Bryant

Selain itu, Turkish Airlines juga pernah menaja kelab gergasi seperti Barcelona dan Manchester United selain skuad kebangsaan Turki.

Samsung sebagai syarikat elektronik yang sinonim dengan warna biru telah menaja Chelsea sejak tahun 2005 selepas Ketua Eksekutif kelab itu, Peter Kenyon berkata, "pasukan tersebut akan mewarnai dunia ini dengan warna biru."

Launch: Chelsea boss Jose Mourinho (left) and then Chief Executive Peter Kenyon at launch in 2005

Pengurus Chelsea, Jose Mourinho (kiri) dan Peter Kenyon ketika majlis pengenalan tajaan jersi pasukan itu pada 2005.

Chelsea kemudian memperbaharui  kontrak tajaan itu sehingga tahun 2013, tetapi telah dikejutkan kadar publisiti yang lebih kecil daripada syarikat berkenaan.

Perjanjian penajaan antara Turkish Airlines dengan Chelsea dianggarkan berjumlah £18 juta setahun.

Pada penghujung tahun lalu, Chelsea bersetuju dengan kontrak tajaan jersi daripada Adidas bernilai £300 juta.

Bagaimanapun jumlah itu menunjukkan Chelsea masih berada di belakang Manchester United dalam penjualan produk komersial dan penjenamaan.



Chelsea, Turkish Airlines

Artikel Sebelum

Artikel Lain