suria

Sergio Perez Sah Tinggalkan McLaren

Sergio Perez
Sergio Perez
Sergio Perez

PEMANDU F1 pasukan McLaren, Sergio Perez telah mengesahkan yang dia akan meninggalkan pasukannya, McLaren musim depan.

Perez, 23, yang baru musim ini menyertai McLaren, mengantikan Lewis Hamilton yang berhijrah ke Mercedes-Petronas, telah mengumumkan keputusan tersebut kepada para peminat-peminatnya menerusi laman media sosial, Twitter pada lewat Rabu.

Pemandu asal Mexico itu akan digantikan oleh pemandu simpanan McLaren, Kevin Magnussen.

"Sejak menyertai McLaren saya sentiasa memberikan yang terbaik tetapi saya masih gagal mencapai apa yang dihasratkan oleh pasukan bersejarah ini," kata Perez.

Selain Perez seorang lagi pemandu McLaren ialah Jenson Button.

McLaren kini sedang berhadapan dengan krisis keyakinan diri dan musim ini adalah merupakan musim terburuk mereka sejak 1980, dengan hanya dua pencapaian tempat kelima sebagai keputusan terbaik.

Perez, kini dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan Force India, Lotus dan bekas pasukan lamanya Sauber untuk musim depan.

Sementara itu, Peneraju McLaren, Martin Whitmarsh menyifatkan Perez sebagai seorang yang mesra mudah membuat kawan dan mereka akan terus memberikan yang terbaik untuknya dalam dua baki perlumbaan lagi musim ini iaitu di GP Amerika dan Brazil.

Beliau bagaimanapun enggan mengumumkan siapakan penganti Perez melainkan Jenson yang akan meneruskan perlumbaan bersama mereka musim depan.

Sergio Perez, McLaren, GP Amerika, F1

Artikel Lain