suria

Adnan Januzaj Pemain Terbaik United Bulan Oktober

Adnan Januzaj
Adnan Januzaj
Adnan Januzaj

BINTANG muda Manchester United, Adnan Januzaj telah dipilih sebagai pemain terbaik kelab tersebut untuk bulan Oktober.

Pemain tengah berusia 18 tahun itu menewaskan Wayne Rooney (yang mendapat 34 peratus undi) dan David De Gea (24 peratus).

Undian untuk memilih pemain terbaik bulanan dilakukan oleh para peminat kelab tersebut.

Prestasinya yang cemerlang sepanjang bulan Oktober turut menyaksikan pemain Belgium tersebut ditawarkan kontrak baru lima tahun untuk terus kekal di Old Trafford.

"Saya sangat gembira untuk menerima penghormatan ini apatah lagi ia diundi oleh para peminat dan penyokong United sendiri," ujarnya.

Januzaj akan menderma hasil kemenangannya itu yang berjumlah £500 kepada mana-mana badan amal pilihannya sendiri.

Artikel Lain