suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Everton Masih Kekal Rekod Tanpa Kalah

Roberto Martinez
Roberto Martinez
Roberto Martinez

PASUKAN Everton menjadi pasukan tunggal mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang lima perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) setakat ini.

Pasukan yang dipimpin jurulatih dari Sepanyol, Roberto Martinez ini mencatat tiga seri dan dua kemenangan.

Pada aksi perlawanan pembukaan EPL sebelum ini, Everton mengutip seri 2-2 ke atas Norwich City, seri 0-0 ketika bertemu West Brom dan juga 0-0 ketika berkunjung Ke Cardiff City Ogos lalu.

Perlawanan keempat, anak buah Martinez ini berjaya mengutip mata penuh selepas menewaskan Chelsea 1-0 dan kemenangan 3-2 ke atas West Ham United pada aksi Sabtu lalu.

Everton kini mengumpul sembilan mata dan berada di kedudukan keenam liga.

Awal pagi Rabu ini, Everton bakal berkunjung ke Fulham bagi aksi Piala Liga.

Martinez mengambil alih pimpinan skuad ini pada Jun lalu dengan kontrak empat tahun.

Everton, EPL, Roberto Martinez

Artikel Berikut

Artikel Lain