suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bola Sepak: Bakat Pemain Muda Perlu Terus Digilap - Raja Muda Perlis

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu bakat kanak-kanak dalam sukan bola sepak digilap secara berterusan bagi melahirkan lebih ramai pemain berkaliber untuk negara.

Titah baginda, inisiatif menganjurkan kejohanan untuk pemain berusia 12 tahun dan ke bawah antara langkah yang boleh membantu pembangunan sukan itu.

Bertitah merasmikan kejohanan bola sepak Piala Momentum 2013 di Universiti Teknologi Mara Arau pada Ahad, baginda berharap pendedahan terhadap perlawanan kompetitif di peringkat sekolah rendah akan menjadikan pemain lebih terdedah dan matang dalam sukan itu.

Baginda turut berharap pemain sentiasa mengutamakan faktor kecergasan fizikal, meningkatkan pengetahuan sains sukan selain menyertai program latihan.

Tuanku Syed Faizuddin yang merupakan peminat sukan bola sepak berharap pemain mempunyai disiplin yang tinggi, rajin berlatih dan mempunyai semangat berpasukan.

Kejohanan sehari itu membabitkan 16 pasukan dari seluruh negara bagi mencungkil bakat pemain berumur 12 tahun dan ke bawah. - BERNAMA AD KLS ROS

Artikel Berikut

Artikel Lain