UniMAP Sapu Bersih Pingat Emas Tenis SUKIPT

SERDANG: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mencipta kejayaan besar apabila mendominasi kesemua lima pingat emas pada acara tenis temasya Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) di sini.

Pada acara di Gelanggang Tenis Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini, UniMAP menambah lagi tiga pingat emas melalui pemain tenis kebangsaan, Jawariah Noordin bagi perseorangan dan beregu wanita serta Syed Mohamad Aqil Syed Naquib dalam acara perseorangan lelaki.

Semalam, UniMAP sudah meraih dua pingat emas menerusi gandingan Syed Mohamad Aqil dengan Jawariah bagi acara beregu campuran dan pasangan adik-beradik Muhammad Faiz dan Muhammad Fazree Said dalam acara beregu lelaki.

"Syukur kerana sasaran lima pingat emas tercapai. Tidak dinafikan kami mempunyai pemain kebangsaan dan itu kelebihan pada UniMAP. Namun kita tidak memandang rendah pemain IPT yang lain kerana perlawanan memang sengit. Semua pemain berkebolehan. "Kemungkinan empat pemain lelaki universiti ini akan dipilih mewakili Malaysia ke temasya Sukan Universiti Asean (AUG) di Laos bulan depan, namun belum lagi muktamad," kata pengurus pasukan tenis UniMAP, Amir Ahmad, yang menambah bahawa kejayaan diperoleh hasil komitmen pemain dan sokongan kuat pelajar universiti berkenaan.

Pada hari terakhir acara tenis pada Ahad, Jawariah berjaya menewaskan pemain Universiti Malaysia Sabah, Shirley Ling Shio Ling dalam set terus 6-0 dan 6-0.

Pingat gangsa menjadi milik Syarifah Syafeenaz Syed Azmir dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) selepas menewaskan Adelle Boey dari Universiti Help 6-4 dan 6-0.

Dalam acara beregu wanita, Jawariah yang bergandingan dengan Nur Afifah Syakirah Hassan menewaskan gandingan Adelle Boey-Denise Thng dari Universiti HELP, 6-4 dan 6-2 untuk pingat emas ketiga bagi dirinya.

Pasangan Qistina Hassan-Farah Hamima Karim dari UiTM meraih pingat gangsa selepas menewaskan rakan sepasukan Dayang Zulaikha Nadhira-Rose Shamiza, 6-2, 6-2.

Sementara itu, Syed Mohamad Aqil menyumbang pingat emas kelima buat UniMAP selepas menewaskan pemain Universiti Nottingham Malaysia Campus (UNMC), Ruchika Amresh dari Sri Lanka, 6-4, 6-2 dalam acara perseorangan lelaki.

Pingat gangsa menjadi milik Kevin Loke Ke Wei dari Universiti Help yang menewaskan Syed Azahar Syed Naquib dari UiTM 6-3, 7-6. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Tenis: Murray-Djokovic kembali Bertemu

Artikel Berikut

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain