suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Haziq Dipilih Olahragawan Johor 2011

Haziq Kamaruddin
Haziq Kamaruddin
Haziq Kamaruddin

JOHOR BAHARU: Atlet memanah negara Haziq Kamaruddin, menerima anugerah Olahragawan Johor 2011 pada Malam Anugerah Sukan Johor yang diadakan di sini pada Rabu.

Haziq, 19, atlet kelahiran Johor Baharu membawa pulang wang tunai RM5,000 berserta piala pusingan.

Beliau turut mendapat insentif khas RM5,000 daripada kerajaan negeri Johor kerana layak secara merit beraksi di Sukan Olimpik London 2012.

Tiada pemenang bagi kategori Olahragawati 2011 Johor selepas Jawatankuasa Pemilihan mendapati calon tunggal, atlet lawan pedang Natasha Ezzra Abu Bakar tidak menepati pencapaian dan prestasi yang ditetapkan.

Atlet terbaik Sukan Malaysia (Sukma) Ke-14 Kuala Lumpur, Ahmad Syafiee Abdul Jabbar yang memenangi tiga pingat emas dalam sukan kenu menerima anugerah Olahragawan Harapan manakala atlet lawan pedang negara, Filzah Syabila Jamaluddin menerima anugerah Olahragawati Harapan 2011.

Anugerah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya Dan Kemudahan Awam Negeri Johor Datuk Ahmad Zahri Jamil yang mewakili Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain