suria

Garrigus Muncul Pendahulu Pusingan Kedua Dengan Kelebihan Dua Pukulan

PENDAHULU… Pemain golf Jelajah PGA, Roberts Garrigus sedang melakukan pukulan di lubang 18 di Kejohanan CIMB Classic 2012 yang di adakan di The Mines Resort & Golf Club, Seri Kembangan. 
Dia mencatatkan 128 pukulan 14 di bawah par untuk mendahului di hari kedua kejohanan itu.
 Kejohanan CIMB Classic 2012 itu menawarkan hadiah keseluruhan yang bernilai US$6.1 juta (RM18.7 juta) dengan juara memperolehi hadiah wang tunai US$1.3 juta (RM3.9 juta) yang bermula dari 25 hingga 28 Oktober ini.

 -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Pemain Jelajah PGA Amerika Syarikat, Robert Garrigus mencatatkan kelebihan dua pukulan untuk mendahului Kejohanan Golf CIMB Classic 2012 selepas pusingan kedua di The Mines Resort and Golf Club di Seri Kembangan, dekat sini, Jumaat.

Garrigus, yang menjadi naib juara dalam tiga kejohanan Jelajah PGA tahun ini, mencatatkan pukulan 64 untuk dua pusingan berturut-turut dengan mengumpul jumlah 14 bawah 128 untuk mendahului saingan pada kejohanan yang menawarkan hadiah US$6.1 juta (RM18.54 juta).

Pada pusingan kedua hari ini, Garrigus membenam tiga birdie berturut-turut pada lubang ketujuh, kelapan dan kesembilan sebelum menambah lima lagi birdie pada sembilan lubang kedua dan satu bogey pada lubang terakhir.

Ketinggalan dua pukulan di belakang pendahulu, Jbe' Kruger dari Afrika Selatan, turut mencipta tujuh bawah par 64 dan begitu teruja apabila mengatasi rakan sekumpulan Tiger Woods.

Kruger, yang menduduki ranking ketiga dalam Jelajah Asia, menghasilkan lapan birdie dan satu bogey manakala legenda golf dunia Woods pula melakukan 67 dan kini ketinggalan lima pukulan untuk berkongsi kedudukan di tempat kelima.

"Saya rasa boleh mengalahkan sesiapa sahaja di dunia. Saya bermain dengan Tiger. Saya pernah bermain bersama Rory (McIlroy) pada Kejohanan TOUR. Saya melakukan pukulan sama seperti pemain ini. Sekira saya melakukan pukulan putt seperti ini pada hujung minggu ini, maka sukar untuk mengejar saya," kata Garrigus.

"Saya mempunyai tahap keyakinan yang sangat tinggi sekarang. Ini adalah salah satu tahun terbaik dalam karier saya. Saya seronok dan suka melihat usaha keras saya ini berbaloi," kata pemain berusia 34 tahun itu.

Dalam pada itu, Kruger berkata adalah menyeronokkan untuk bermain dengan Woods dan menikmati setiap saat.

"Saya gementar pada permulaan dan masih begitu pada lubang ke-18," kata Kruger, yang merangkul kejuaraan sulung Jelajah Asia di Kejohanan Avantha Masters di India pada awal musim ini.

"Saya fikir bermain dengan dia (Woods) pasti membuatkan saya memberi lebih tumpuan...ia adalah satu kekurangan sejak beberapa bulan lepas. Jadi saya fikir saya perlu bermain dengan dia setiap hari. Hanya melakukan sebarang pukulan pun merupakan satu mimpi," katanya.

Bagaimanapun, Woods, yang memburu gelaran keempat tahun ini, sekali lagi menghadapi kekecewaan di lapangan namun beliau tertarik dengan aksi Kruger.

"Saya tidak banyak mengetahui tentang dia (Kruger) dan tidak pernah melihat aksinya. Hari ini adalah kali pertama saya melihatnya. Tetapi dia bermain sangat baik," kata Woods.

Bintang dunia dari Amerika Syarikat itu kembali ke Malaysia selepas menjuarai Piala Dunia pada 1999 di lapangan sama di sini, kini bertarung dengan cuaca panas dan lembap di sini untuk menghidupkan peluang merangkul kejuaraan sulung CIMB Classic ini.

Ini adalah perkara yang sukar kerana anda perlu agresif dan melakukan pukulan birdie.

Ini adalah salah satu daripada hari-hari yang mana saya tidak mencipta birdie yang secukupnya, kata Woods.

Pendahulu semalaman, Troy Matteson dari Amerika Syarikat berkongsi kedudukan ketiga bersama Greg Chalmers dari Australia dengan terikat 10 bawah par 132.

Sementara itu, wakil negara Danny Chia, yang melakukan 66 semalam, hanya mampu melakukan 75 hari ini, iaitu ketinggalan 13 pukulan daripada pendahulu.

Chia kini berkongsi kedudukan ke-41 dengan rakan senegara Shaaban Hussain yang melakukan catatan 74 semalam dan 73 hari ini.

"Saya mungkin tidak mempunyai peluang untuk menang tetapi jika saya boleh mencapai kedudukan sama seperti tahun lepas, saya cukup gembira," kata Chia yang berkongsi kedudukan ke-13 pada edisi tahun lepas. - BERNAMA

Artikel Lain