suria

Kelantan Julang Piala M'sia, Lengkapkan 3 Kejuaraan Semusim

SHAH ALAM: Pasukan Kelantan muncul juara Piala Malaysia 2012 selepas menewaskan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 pada aksi akhir di Stadium Shah Alam, Sabtu.

Pada minit ke-12 permainan, penyerang Kelantan Norsharul Idlan Talaha melakukan percubaan ke arah gawang tuan rumah, namun tersasar ke luar gol.

Kapten ATM, Hairuddin Omar turut melakukan percubaan melalui tandukannta pada minit ke-20.

Hampir 80,000 penyokong membanjiri stadium ini menambahkan lagi kerancakan permainan.

Dua keping kad kuning telah dilayangkan kepada pemain Kelantan, Obinna Nwaneri (m-24) dan Nik Mohd Shahrul Azim (m-35) kerana melakukan kekasaran ke atas pemain ATM.

Setelah beberapa kali melakukan percubaan, Norshahrul Idlan atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Yo berjaya menjaringkan gol pertama perlawanan, dua minit sebelum separuh masa pertama tamat.

Ketinggalan 1-0 tidak mematahkan semangat anak buah B. Sathianatan apabila tampil dengan corak serangan yang lebih teratur dan menyaksikan Rezal Zambery Yahya menyamakan kedudukan pada minit ke-48.

Selang seminit kemudian, Mat Yo sekali lagi menewaskan penjaga gol ATM, Mohd Farizal Harun sekaligus menjarakkan kedudukan 2-1.

Namun penyerang import ATM, Marlon Alex James kembali mengikat kedudukan 2-2, minit ke-64.

Permainan terpaksa diheret ke masa tambahan selepas kedua- dua pasukan tidak mahu mengalah selepas terikat seri 2-2 dalam tempoh 90 minit.

Pada minit ke-96, pemain berpengalaman, Indra Putra Mahayuddin menjaringkan gol ketiga Kelantan sekaligus kemenangan berpihak kepada penyandang juara 2010 itu.

Lebih menarik, kejayaan ini juga menjadikan pasukan Kelantan yang dikendalikan oleh Bojan Hodak ini mencatat gelaran treble selepas turut menjulang trofi Liga Super dan Piala FA musim ini.

Senarai Pemain ATM:

K. Ruben, Mohd Aidil Zafuan Radzak, Mohd Zaquan Adha Radzak, Marlon Alex James, Bruno Marteloto,Mohamad Azmi Muslim, Christie Jayaselan, Hairuddin Omar (K), Mohd Farizal Harun, Rezal Zambery Yahya, Amirudzwan Taj Tajuddin

Senarai Pemain Kelantan :

S.Subrananiam, Obinna Nwaneri, Nik Mohd Shahrul Azim, Mohd Shakir Shaari, Norsharul Idlan Talaha, Mohd Nurul Azwan Roya, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Daudsu Jamaluddin, Mohd Badhri Mohd Radzi (K), Khairul Fahmi Che Mat, Muhammad Afiq Azmi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain