suria

Ganjaran Istimewa Buat ATM Jika Muncul Juara Piala Malaysia

KUALA LUMPUR: Ganjaran istimewa menanti pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekiranya merangkul kejuaraan Piala Malaysia musim ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, bentuk ganjaran itu dirahsiakan.

"Bermainlah dengan penuh cemerlang dan ganjaran setimpal akan menyusuli kejayaan. Ini janji saya," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Ahmad Zahid berkata yang penting ialah pasukan ATM menunjukkan ketangkasan dan corak permainan yang menghiburkan penonton dan penyokong setia mereka.

"Saya yakin pemain ATM akan turun padang dengan taktik dan aksi terbaik untuk menjadi juara Piala Malaysia tahun ini," katanya yang mahu ATM membuktikan ia pasukan terunggul musim ini.

Beliau yakin ATM mampu memikul tugasan dengan baik selepas menunggu 46 tahun untuk kembali beraksi di final. Pada perlawanan akhir itu, ATM tumpas 0-1 kepada Selangor.

ATM akan bertemu Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam esok. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain