suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harimau Muda Juara Piala Newspaper 2012

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Muda (bawah 21 tahun) muncul juara Piala Newspaper setelah menundukkan Vietnam Youth 1-0 pada perlawanan akhir di Pleiku, Vietnam Ahad malam.

Meskipun turun tanpa penyerang utama Syahrul Azwari Ibrahim dan A. Thamil Arasu yang mengalami kecederaan, Harimau Muda berjaya memecah benteng pertahanan lawan menerusi gol tunggal oleh Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-57.

Pasukan negara nyata mendapat tentangan sengit daripada Vietnam Youth yang bermain di hadapan 12,000 penyokong mereka.

Bagaimanapun, aksi cemerlang penjaga gol Mohd Izham Tarmizi dan pemain pertahanan D. Kenny Pallraj telah menggagalkan beberapa percubaan berbisa Vietnam khususnya menerusi penyerang mereka Tran Phi Son.

Setelah Malaysia menjaringkan gol pada babak kedua, pasukan Vietnam tampil lebih agresif sehingga mengakibatkan pemain negara Adam Nor Azlin cedera dan terpaksa dirawat di luar padang.

Sikap penyokong Vietnam yang membaling botol ke arah pemain Harimau Muda turut mencemari perlawanan malam ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain