suria

Euro 2012: Gerrard Kecewa England Tersingkir

Gerrard kelihatan kecewa selepas pasukannya gagal mara ke separuh akhir Euro 2012.
Gerrard kelihatan kecewa selepas pasukannya gagal mara ke separuh akhir Euro 2012.
Gerrard kelihatan kecewa selepas pasukannya gagal mara ke separuh akhir Euro 2012.

KAPTEN England, Steven Gerrard mengakui sukar untuk menghilangkan perasaan kecewa selepas pasukannya tersingkir pada aksi suku akhir Euro 2012 dengan kekalahan 2-4 melalui sepakan penalti ketika bertemu Itali di Kiev awal pagi Isnin.

Skuad The Three Lions terpaksa akur dengan kekalahan penalti itu selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sehingga masa tambahan.

Kekecewaan skuad kendalian Roy Hodgson ini turut mencatat rekod gagal dalam adegan sepakan penalti dalam kejohanan utama sejak tahun 1990, 1996, 1998, 2004 dan 2006.

Dalam pada itu Gerrard tetap memuji rakan-rakan sepasukan biarpun kekecewaan itu sukar dibendung.

"Semua orang menjalani latihan keras, setiap kali keluar, kami amat berbangga mewakili negara, tetapi sekali lagi situasi ini berlaku, yang mana ia agak sukar diterima," jelasnya kepada BBC1.

Pemain tengah Liverpool ini berkata: "Saya dapat rasakan kami telah memberi segalanya sejak kali pertama berkumpul.

"Kali ini kami mengharapkan sedikit tuah ketika mengambil sepakan penalti, tetapi ia tidak menjadi kenyataan.

"Pujian juga kepada pasukan Itali yang telah mempamerkan aksi mengagumkan dan ada tuah ketika melakukan tendangan itu."

Artikel Berikut

Artikel Lain