PELUMBA Ferrari, Fernando Alonso menjuarai perlumbaan Grand Prix Eropah sekali gus menjadi pemenang pertama mengulangi kemenangan musim Formula Satu (F1) selepas lapan perlumbaan pada Ahad.
Sebelum ini Alonso mennjuarai perlumbaan GP Malaysia pada Mac lalu.
"Saya tidak tahu apa yang perlu dicakapkan kerana saya sangat teruja.
"Jadi ia pasti satu perasaan yang cukup bermakna kepada saya. Banyak perkara yang saya fikirkan sekarang, namun saya mengucapkan terima kasih kepada pasukan, semua penyokong yang telah menyokong saya sepanjang minggu ini," katanya.
Pemandu Finland, Kimi Raikkonen meraih kedudukan tempat kedua untuk Lotus dan juara tujuh kali Michael Schumacher (Mercedes) mendapat tempat ketiga dalam penampilan pertamanya sejak tahun 2006.
Sementara itu, pelumba Red Bull Mark Webber, menamatkan perlumbaan di tempat ke-4, diikuti Nico Hulknberg cemerlang untuk pasukan Force India dengan menamatkan perlumbaan di tempat ke-5 dihadapan Rosberg (Mercedes) dan ketujuh Paul Di Resta (Force India).
Perlumbaan Pusingan 9 GP British akan berlangsung di Silverstone pada 6-8 Julai ini.
Senarai penuh keputusan Pusingan 8 (GP Eropah):
1. Fernando Alonso - Ferrari 1:44:16.649 sec
2. Kimi Räikkönen - Lotus-Renault +6.4
3. Michael Schumacher - Mercedes +12.6 secs
4. Mark Webber - Red Bull +13.6 secs
5. Nico Hulkenberg - Force India-Mercedes +19.9
6.Nico Rosberg - Mercedes +21.1 secs
7. Paul di Resta - Force India-Mercedes +22.8
8. Jenson Button - McLaren-Mercedes +24.6 secs
9.Sergio Perez - Sauber-Ferrari +27.7 secs
10. Bruno Senna - Williams-Renault +35.9 secs
Kedudukan pelumba keseluruhan selepas pusingan 8:
1. Fernando Alonso 111 mata
2.Mark Webber 91
3. Lewis Hamilton 88
4. Sebastian Vettel 85
5. Nico Rosberg 75
6. Kimi Räikkönen 73
7. Romain Grosjean 53
8.Jenson Button 49
9.Sergio Perez 39
10.Pastor Maldonado 30
11.Paul di Resta 27
12.Kamui Kobayashi 21
13.Michael Schumacher 17
14.Nico Hulkenberg 17
15.Bruno Senna 15
16. Felipe Massa 11
17.Jean-Eric Vergne 4
18.Daniel Ricciardo 2
Kedudukan pengeluar keseluruhan selepas Pusingan 8:
1. Red Bull Racing-Renault 176
2.McLaren-Mercedes 137
3. Lotus-Renault 126
4.Ferrari 122
5.Mercedes 92
6.Sauber-Ferrari 60
7. Williams-Renault 45
8.Force India-Mercedes 44
9. STR-Ferrari 6
10.Caterham-Renault 0
11.Marussia-Cosworth 0
12. HRT-Cosworth 0


