suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berbatov Tidak Gembira Bersama Man United

Berbatov kecewa kerana lebih banyak berada di bangku simpnan.
Berbatov kecewa kerana lebih banyak berada di bangku simpnan.
Berbatov kecewa kerana lebih banyak berada di bangku simpnan.

DIMITAR Berbatov dijangka akan terus berada di Manchester United musim ini biarpun perasaan kecewa kerana tidak banyak beraksi menyelubungi perasaannya.

Penyerang berumur 31 tahun ini dikaitkan akan berpindah pada Januari lalu, namun tidak berlaku malah kontraknya dijangka akan disambung.

“Saya pemain Manchester United, tetapi jarang dapat beraksi seperti mana yang saya mahu.

"Saya tidak gembira dengan situasi ini. Tetapi saya tidak boleh menyalahkan sesiapa, lebih-lebih lagi pihak media.

“Apabila saya ada perkara yang hendak dicakap, saya akan terus bertemu pengurus. Dia yang membuat semua keputusan,” katanya dalam laman web www.sportal.bg.

Mengenai masa depannya bersama United, Berbatov menambah : “Tidak ada apa-apa yang ditawarkan kepada saya. Saya ada membaca beberapa perkara, namun itu hanyalah khabar angin belaka. Saya tidak tahu berapa lama lagi akan berada di Manchester United.

“Apa yang saya tahu, klausa sambungan kontrak akan berlaku secara automatik pada bulan depan. Selebihnya saya tidak tahu,” jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jadual Liga Perdana, Selasa

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia