suria

Djokovic Juarai Terbuka Australia

Djokovic (kiri) dan Nadal bersama trofi kemenangan masing-masing.
Djokovic (kiri) dan Nadal bersama trofi kemenangan masing-masing.
Djokovic (kiri) dan Nadal bersama trofi kemenangan masing-masing.

MELBOURNE: Pemain No.1 dunia, Novak Djokovic mejuarai tenis Terbuka Australia selepas menewaskan pemain dari Sepanyol, Rafael Nadal pada set kelima dengan 7-5.

Pertembungan sengit kedua-dua bintang tenis itu bermula apabila Nadal menundukkan Djokovic 7-5 pada set pertama.

Bagaimanapun saingan pada set kedua menyaksikan Djokovic menguasai permainan dengan 6-4.

Aksi bertenaga Djokovic terus menghampakan Nadal pada saingan set ketiga dengan 6-2.

Namun permainan kembali dikuasai Nadal apabila berjaya menewaskan Djokovic dengan 7-6 pada set keempat setelah masing-masing terikat dengan mata 6-6 pada set berkenaan.

Selepas bertungkus lumus hampir enam jam, akhirnya kemenangan berpihak kepada Djokovic.

"Rafa adalah antara pemain terbaik. Kami berdua mencipta sejarah, tetapi malangnya tidak akan ada dua pemenang," ucap Djokovic selepas perlawanan.

Kemenangan ini sekali gus membolehkan pemain pilihan pertama ini mencatat kemenangan kelima Gram Slam.

Artikel Lain